
PETALING JAYA: Laluan di sepanjang KM77 hingga KM78 arah timur Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dibuka semula kepada pengguna lebuhraya sejak 3 pagi tadi selepas kerja-kerja pembersihan dan pembaikan di sepanjang laluan yang terjejas akibat banjir itu selesai.
Dalam satu kenyataan, ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) berkata pengguna lebuh raya yang ingin ke pekan Karak tidak perlu membuat pusingan ‘U’ sebelum Plaza Tol Karak dan boleh meneruskan perjalanan seperti biasa untuk sampai ke destinasi masing-masing.
Bagaimanapun, katanya, pengguna yang menghala ke Kuala Lumpur dari Karak masih perlu melakukan pusingan ‘U’ di Plaza Tol Karak.
“Pada masa ini, lorong kiri dan kanan menghala ke Kuala Lumpur dari KM66 hingga KM70 sudah…