
PETALING JAYA: Laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) di kawasan Ajil, Hulu Terengganu, dinaiki air akibat aliran air deras dari bukit berhampiran susulan hujan lebat sejak pagi tadi.
Rakaman video seorang pengguna dimuatnaik di media sosial, mendakwa limpahan air ke laluan itu disebabkan kejadian ‘kepala air’.
“Kepala air turun,” kata seorang lelaki dalam rakaman video ringkas itu.
Sementara itu, Ketua Polis Hulu Terengganu Hasmeera Hassan, berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 10km dari Plaza Tol Ajil ke Bukit Besi itu, pada 11 pagi.
“Saya mengesahkan video yang tular dalam media sosial ketika ini berhubung kejadian banjir yang berlaku di kawasan itu. Dipercayai berpunca dari limpahan air cerun bukit berhampiran lokasi tersebut.
“Setakat ini tiada penutupan jalan di LPT2 dan semua kenderaan masih boleh melalui…