

Laluan Zahid Hamidi untuk menjadi perdana menteri tidak semudah digambarkan walaupun Khairy Jamaluddin mendakwa peluang presiden Umno itu semakin cerah dalam landskap politik semasa.
Dalam podcast Keluar Sekejap, Khairy berkata peluang Zahid berubah daripada ‘hampir mustahil kepada agak besar’, susulan konflik dalaman berterusan parti lain serta kedudukan Umno yang dilihat lebih stabil.
Namun, penganalisis politik berpandangan peluang itu masih bergantung kepada faktor utama — jumlah kerusi yang mampu dimenangi Umno pada PRU akan datang.
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, kenyataan Khairy dibuat dalam konteks krisis dalaman parti lain, termasuk Bersatu dan Perikatan Nasional (PN), selain ketegangan dalam kerajaan perpaduan.
“Saya menyifatkan kenyataan Khairy berdasarkan situasi…