Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Lama-Lama Dah Keras Macam…” – DSV Tak Sabar Nak Tunggu PM Baharu

today22 November 2022

Background

Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida tular di media sosial kerana berang akan Pilihan Raya Umum 15 yang baru sahaja tamat pada 19 November 2022 yang lalu.

Vida sudah tidak dapat menahan sabar menunggu siapa bakal Perdana Menteri baharu yang bakal mengetuai tampuk pimpinan negara kerana jawatan itu masih belum terjawab lagi sehingga kini.

@datoserividaofficial Habis kecut tangan .. sampai sekarang taktahu siapa pemimpin#fypシ #fypシ #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fypdongggggggg #foryou #fypdongggggggg #datoserivida #mengundi #pemimpin ♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUTEH

Menerusi perkongsian Vida di laman TikTok, memaparkan dia menunjukkan tangannya yang masih mempunyai kesan dakwat mengundi dan buntu memikirkan cara untuk menghilangkannya.

“Habis kecut tangan, dakwat apa yang pakai pun tak tahu lah.

“Tiga hari dah menunggu keputusan, siapa yang akan memerintah ni? patutnya tadi tapi tunggu lagi, tunggu lagi sekarang ni macam mana? lama-lama dah keras macam ais batu dah tangan ni.” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya meminta untuk Vida supaya bersabar menunggu keputusan yang akan diumumkan kelak dan ada juga yang berkongsi tip cara menghilangkan dakwat undi dengan berkesan.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 628,000 tontonan dan lebih 21,000 tanda suka.

 

Written by: Aqilah


Previous post