Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Laman sesawang Jabatan Imigresen digodam

today4 April 2023

Background


Laman sesawang itu tidak dapat diakses sejak 1 tengah hari tadi.

Cybersecurity Malaysia dan Jabatan Imigresen sedang berusaha menangani serangan oleh ‘CaptainSmok3r’.

PETALING JAYA: Laman sesawang rasmi Jabatan Imigresen www.imi.gov.my digodam individu dikenali sebagai “CaptainSmok3r” hari ini.

Jurucakap Kementerian Komunikasi dan Digital memberitahu wartawan dalam kumpulan WhatsApp, laman sesawang itu tergendala buat sementara dan Cybersecurity Malaysia (CSM) berusaha menyelesaikan perkara itu.

“Bahagian teknologi maklumat dan rekod (Jabatan Imigresen) sedang bekerjasama dengan CSM untuk mengukuhkan keselamatan digital. Kami memohon maaf atas kesulitan yang timbul,” kata jurucakap itu.

Semakan dalam talian menunjukkan laman sesawang itu tidak dapat diakses menggunakan peranti mudah alih dan komputer.

Tajuk halaman pada hasil carian Google menunjukkan “Hacked by CaptainSmok3r”, bukannya dibawa ke laman sesawang itu.

Tetapi, laman Facebook Jabatan Imigresen tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Joel Shasitiran


Previous post