
PETALING JAYA: Laman sesawang skim insuran percuma kerajaan Selangor tidak dapat diakses malam tadi selepas seorang menteri berkata satu siasatan dijalankan atas dakwaan menyalahguna data pengundi berdaftar Selangor untuk polisi Skim Insurans Am Selangor (Insan).
Beberapa laman sesawang pemeriksa melaporkan https://programinsan.com tidak boleh diakses.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sedang menjalankan siasatan berhubung aduan salah guna data peribadi untuk skim itu.
Menurut Berita Harian, Fahmi berkata jabatan itu mempunyai kuasa untuk menyiasat isu berkait data peribadi.
“Saya tidak boleh bercakap terlalu panjang mengenai perkara ini kerana saya difahamkan, pihak JPDP sedang melakukan siasatan lanjut,” kata Fahmi.
Sebelum ini terdapat aduan di media sosial bahawa nama…