
Bersatu bakal berdepan cabaran besar bertanding pertama kali pada pilihan raya menggunakan lambangnya, namun penganalisis turut melihat langkah itu dapat mengurangkan persepsi kebergantungan dengan PAS.
Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berkata dari segi cabaran, Negeri Sembilan bukan kubu parti pimpinan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin kerana hanya menang dua kerusi pada PRN 2023 iaitu Labu dan Gemas.
Penyandang Gemas Ridzuan Ahmad yang baru-baru ini keluar Bersatu diumum sebagai calon PN dari Parti Wawasan Negara. Bekas ketua pembangkang DUN Negeri Sembilan Mohamad Hanifah Abu Baker pula mewakili Labu.
Menurut Tawfik, keadaan itu mungkin tidak menjadikan Bersatu sebagai ‘pemain utama’ pada pilihan raya 1 Ogos depan namun untuk jangka panjang ia dapat membina imejnya sendiri.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: