Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan Belanjawan 2023 menyalurkan RM150 juta kepada Nadma bagi menambah baik keperluan aset, sistem amaran, dan bantuan bencana.

KUALA LUMPUR: Malaysia berada di landasan yang tepat ke arah memastikan kesiapsiagaan negara menghadapi bencana alam, kata Timbalan Pengarah Eksekutif Mercy Malaysia, Hafiz Amirrol.
Beliau berkata antara aspek penambahbaikan dilaksana adalah dari segi pengurusan maklumat dan komunikasi serta kesedaran mengenai risiko dan keperluan menghadapi bencana di setiap peringkat merangkumi kerajaan pusat, negeri, dan pihak berkuasa tempatan.
“Persediaan dalam bentuk kefahaman tentang risiko itu, contohnya pihak berkenaan mempunyai kesedaran dan kefahaman mengenai keperluan dana iaitu…
