Hot FM

Langgar pembahagi jalan, 3 maut tersepit


kemalangan
Bomba mengambil masa sejam untuk mengeluarkan tiga mayat. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:

Tiga maut akibat tersepit susulan nahas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara, berhampiran susur keluar Balakong, awal pagi tadi.

Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.57 pagi melibatkan sebuah kereta dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

Setibanya di lokasi pada 6.07 pagi, pasukan bomba mendapati tiga lelaki tersepit dalam kenderaan tersebut.

Menurut Berita Harian, bomba mengambil masa kira-kira satu jam mengeluarkan mangsa.

Operasi ditamatkan pada 7.29 pagi dengan kes diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version