Hot FM

Langgar peraturan dibuat sendiri hakis kredibiliti kerajaan, kata KJ



Khairy Jamaluddin mengakui kesal dengan pelanggaran SOP oleh penganjur majlis 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui kredibiliti dan kebolehpercayaan terhadap kerajaan boleh terhakis sekiranya mereka sendiri melanggar peraturan seperti prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Beliau turut kesal dengan pelanggaran SOP oleh penganjur majlis 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dan disebabkan itu penganjur dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal dan menyebabkan berlakunya kesesakan.

“Isu ini adalah isu penting kerana dalam urusan pandemik ini, apa yang perlu ada dalam kerajaan adalah kredibiliti.

“Apabila rakyat melihat kerajaan sendiri yang melanggar peraturan yang kerajaan sendiri buat, maka kredibiliti dan kebolehpercayaan terhadap kerajaan itu terhakis.,” katanya dalam Bicara Naratif Khas, “Menilai Ketegasan KKM” di TV1.

Pada 10 Dis lalu, penganjur majlis…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version