Peguam syarie mewakili pelakon, Fattah Amin iaitu Zulkifli Che Yong mendakwa selebriti, Nur Fazura boleh disabitkan hukuman penjara sekiranya didapati melanggar perjanjian yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak sebelum sah bercerai.
Mengulas lebih lanjut, peguam Fatah iaitu Zulkifli Che Yong memaklumkan pihaknya akan mengambil pendekatan untuk mengkaji kenyataan Fazura sebelum sebarang tindakan diusulkan terhadap aktres itu.
“Di antara perkara yang dipersetujui sebagai perjanjian yang perlu dilaksanakan selepas cerai antaranya adalah kedua-dua belah pihak perlu jaga aib, tidak memburukkan serta menyebarkan fitnah antara satu sama lain.
“Kedua-dua pihak perlu laksanakan perintah yang dipersetujui. Jika ada pelanggaran, tidak patuh
dengan perjanjian, dari segi hak undang-undang, mangsa (Fattah) boleh failkan permohonan penghinaan kepada mahkamah.
“Dan mahkamah boleh keluarkan notis penjara kerana tidak laksanakan perintah yang sudah ditandatangani,” katanya.
Dalam pada itu, ketika disoal sama ada Fattah akan mengambil tindakan terhadap bekas isterinya itu, dia memberitahu akan berbincang dengan membuat penelitian mengenai perlanggaran syarat tersebut.
Aktor filem Pendekar Awang itu sekali lagi menafikan dakwaan berlaku curang yang dianggap sebagai satu fitnah.
“Tuduhan (curang) itu palsu, tiada isu curang, kalau dia nak teruskan fitnah, tanggunglah dosa. Tindakan? Kita akan berbincang untuk menilai,” ujarnya.
Pada pagi Jumaat, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45.
Ketika ditemui XTRA, Fazura yang telah memfailkan perceraian pada 13 September lalu bercucuran air mata apabila mengakui dia tidak dapat menerima Fattah bertindak curang
Selain isu curang, punca perceraian lain adalah Fattah didakwa telah mengabaikan nafkah serta tiada persefahaman.
Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.
Artikel Berkaitan: Usaha Pujuk Fazura Tak Berhasil, Fattah Amin Terkilan Dihalang Masuk Rumah – “Call & WhatsApp Tak Jawab”
Artikel Berkaitan: “Hati Saya Remuk!” – Dua Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Fazura Kesal Fattah Amin Tak Ada Usaha Selamatkan Rumah Tangga
Artikel Berkaitan: “Bertahun Sengsara! Kereta Range Rover Saya Bagi Dia Bawa Wanita Haram” – Curang, Abai Nafkah Antara Punca Cerai Fazura & Fattah Amin