Hot FM

Langgar SOP, polis siasat majlis dihadiri Najib



Gambar yang dimuat naik ke Twitter menunjukkan Najib Razak menghadiri satu majlis baru-baru ini, dengan hadirin dilihat tidak memakai pelitup muka. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat satu majlis dihadiri bekas Perdana Menteri Najib Razak kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, susulan sekeping gambar tular di media sosial.

Majlis itu dianjurkan Parti Makkal Sakti di Chow Kit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya dalam kenyataan, hari ini, berkata siasatan itu dijalankan kerana terdapat individu tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri majlis itu.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 16(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021.

Beliau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version