
PETALING JAYA:
Langkah strategik yang diambil Umno untuk menang dalam PRN bukannya “tikam belakang” Pakatan Harapan (PH) kerana tiada perjanjian kerjasama di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, kata Ahli Majlis Kerja Tertingginya (MKT), Ahmad Maslan.
Beliau berkata, perkara sama turut terpakai di Sarawak dan Sabah yang tiada perjanjian dengan PH.
“Di Melaka juga tidak ada perjanjian. Kita tunggulah keputusan. Minggu depan, 28 Ogos, kita ada mesyuarat MKT dan tentunya perkara ini akan dibincangkan,” katanya menurut Sinar Harian selepas Majlis Perasmian Konvensyen Kontraktor 2026 di Pusat Konvensyen Picca, Butterworth.
Tegasnya, perjanjian kerjasama antara dua gabungan itu di peringkat pusat dan Umno-Barisan Nasional (BN)…