Hot FM

Langkah tambahan kini diperlukan untuk tukaran ringgit menerusi Google


Semakan FMT hari ini mendapati apabila carian dibuat untuk penukaran mata wang daripada atau kepada ringgit, Google akan mencadangkan senarai laman web penukaran mata wang, dan bukan widget.

PETALING JAYA: Widget penukaran mata wang Google untuk ringgit tidak lagi tersedia serta-merta untuk pengguna enjin carian itu.

Semakan FMT hari ini mendapati, apabila carian dibuat untuk penukaran mata wang daripada atau kepada ringgit, widget itu tidak lagi muncul secara automatik.

Sebaliknya, enjin carian itu akan mencadangkan senarai laman web penukaran mata wang. Carian “kadar tukaran USD-MYR” turut menghasilkan keputusan sama.

Perkara sama tidak berlaku bagi mata wang lain, dengan nilai penukaran USD23 kepada AUD contohnya, akan dipaparkan dengan serta-merta menerusi widget itu.

Enjin carian itu baru-baru ini berdepan masalah dengan Bank Negara Malaysia (BNM) disebabkan pelaporan “tidak tepat” mengenai kadar tukaran ringgit berbanding dolar AS.

Bank pusat itu berkata, kadar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version