Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lanjut mandat 9 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, gesa kumpulan sivil

today20 September 2022

Background



Setiap kementerian sepatutnya dipantau sekurang-kurangnya satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, kata kumpulan sivil berkenaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kumpulan masyarakat sivil menuntut Dewan Rakyat melanjutkan jangka hayat sembilan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) sehingga akhir penggal Parlimen ke-14, berbanding mandat dua tahun yang berakhir pada 10 Nov.

Komuniti Perintis Untuk Parlimen Profesional, berkata lanjutan itu sepatutnya dilaksanakan pada minggu pertama mesyuarat Parlimen, pada Oktober, demi membolehkan JPKP terbabit merancang gerak kerja.

β€œWalaupun mandat mereka akan terhenti secara automatik apabila sesebuah pilihan raya dipanggil, gerak kerja mereka tidak harus dihalang oleh permainan meneka tarikh pilihan raya,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, setiap kementerian harus dipantau sekurang-kurangnya sebuah jawatankuasa Parlimen dan jawatankuasa tersebut harus bersifat kekal dan bukannya bersifat sementara (dipanggil…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post