Hot FM

Lanjutkan visa Syeda hingga dapat semakan kehakiman, kata aktivis



Wartawan Pakistan Syed Fawad Ali Shah telah dihantar pulang oleh Putrajaya pada Ogos tahun lepas atas permintaan Islamabad.

PETALING JAYA: Visa isteri wartawan Pakistan yang hilang perlu dilanjutkan supaya beliau boleh mendapatkan semakan kehakiman berhubung kehilangan suaminya, Syed Fawad Ali Shah, kata seorang aktivis hak asasi migran.

Pengarah Eksekutif North-South Initiative Adrian Pereira berkata, isteri Fawad, Syeda, tidak akan mendapat semakan kehakiman jika pulang ke tanah air.

Pereira berkata, Syeda “berhak mendapat keadilan” memandangkan Putrajaya telah melanggar prinsip “non-refoulement” dengan menghantar Fawad pulang pada Ogos tahun lepas.

Prinsip itu menjamin tiada sesiapa akan dikembalikan ke negara di mana mereka berdepan seksaan serta layanan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan mahupun menjatuhkan maruah.

Pereira menggesa Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud agar meluluskan lanjutan visa itu.

Syeda telah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version