Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lans koperal tembak isteri direman 7 hari

today6 March 2023

Background


Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek yang dilaporkan menembak mati isterinya berusia 26 tahun di Simpang Empat, Kangar semalam direman hingga 12 Mac ini. (Gambar Bernama)

KANGAR: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal yang dipercayai menembak mati isterinya direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 12 Mac.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek berusia 27 tahun itu kini mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Bernama semalam melaporkan suspek menembak mati isterinya berusia 26 tahun di kediaman pasangan itu di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post