Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Lantang Bersuara, Yuna Hanya Ambil Pereka Fesyen Pro-P*lestin Sahaja

today14 May 2024

Background

Penyanyi Yuna mencuri tumpuan apabila menjadi penghias wajah hadapan sebuah majalah, baru-baru ini.

Di Instagram (IG), Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zarai, berkongsi foto wajah hadapan majalah tersebut.

Tampil dengan gaya cukup versatil, Yuna menyarungkan pakaian serba hitam dipadankan dengan turban hitam.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah turban yang digayakan pelantun lagu Masih Sunyi itu dikatakan memperlihatkan rambutnya yang terjurai.

Tampil menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan warganet, Yuna menjelaskan ia bukanlah rambut seperti yang disangka ramai sebaliknya adalah aksesori topi berbulu.

“Itu bukan rambut saya tapi memandangkan saya mendapat perhatian anda. Jangan berhenti bercakap tentang Palestin,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lantang berbicara mengenai konflik Palestin, penyanyi yang berkelana di Amerika Syarikat (AS) itu turut memaklumkan dia kini akan bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan yang bersuara mengenai konflik Gaza sahaja.

“Seperti ramai maklum, saya kini mengambil pendirian untuk melakukan penggambaran fesyen dengan menyarung rekaan pereka fesyen tempatan dan mereka yang bersuara mengenai Palestin sahaja,” tulisnya lagi.

Yuna

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat menyambut baik pendirian penyanyi tersebut yang tidak henti memperjuangkan nasib rakayt Palestin di media sosial.

Yuna Yunayuna

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Written by: Salma


Previous post