Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh nafi andaian bahawa sayap Umno itu tidak sebulu dengan Presiden Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR: Lantang bukan bererti tiada kesepakatan antara Pemuda Umno dengan Presiden Zahid Hamidi, kata ketuanya, Dr Akmal Saleh.
Akmal menafikan andaian bahawa Pemuda dan Zahid tidak sehaluan (sebulu) susulan kelantangan pemimpin-pemimpin sayap itu pada perhimpunan agung Umno 2023 sejak Rabu lalu, terutama berkenaan DAP.
Katanya, sikap ‘keras’ ketika memberikan pandangan “tidak bermakna ada pergeseran antara kami dan presiden”.
“Kami hanya membawa suara akar umbi dan kami tetap menghormati institusi presiden,” katanya pada sidang media di tepian PAU 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur petang tadi.
Ia juga menafikan desas-desus bahawa Pemuda menunjukkan ketidakpuasan hati secara terang-terangan dengan tidak berdiri atau…