Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lantik jadi PM? Saya bukan ‘paloi’, kata Abang Jo

today14 January 2024

Background


Abang Johari Openg bercakap pada sesi townhall sempena tahun ketujuh sebagai premier Sarawak. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Premier Sarawak Abang Johari menolak spekulasi mengaitkan dirinya menjadi perdana menteri, yang dipercayai menjadi kunci utama “Langkah Dubai” bagi menukar kerajaan.

Abang Johari, yang juga pengerusi Gabungan Parti Sarawak, berkata beliau bukannya “paloi” (bodoh) terjerumus dalam kekalutan politik di Semenanjung, menurut laporan Borneo Post.

“Saya baca (laporan media) dan saya nampak nama saya, nak letak saya jadi perdana menteri…tetapi saya kata letak orang Sarawak sebagai perdana menteri dengan 23 Ahli Parlimen, tidak masuk akal.

“Saya bukan paloi (bodoh), saya tahu sukatan baju saya dan apa yang penting sekarang semua ahli politik mesti memberi kepentingan kepada rakyat dan negara,” katanya pada sesi townhall sempena tahun ketujuh menjadi premier.

“Negara kita berdasarkan demokrasi, dan bila pilihan raya dibuat dan ada keputusan, kita…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post