Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lantik syarikat berkait suami menteri, SPRM teliti petunjuk baharu

today31 May 2024

Background


macc
SPRM terima aduan baharu berhubung isu pelantikan syarikat dikaitkan dengan suami menteri untuk pembuktian konsep suatu projek pengangkutan.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut berhubung isu pelantikan syarikat dikaitkan dengan suami menteri untuk pembuktian konsep suatu projek pengangkutan, menurut sumber.

Siasatan lanjut itu susulan SPRM menerima beberapa aduan baharu berhubung isu itu. “Aduan dan maklumat itu memberikan beberapa petunjuk baru untuk diteliti,” katanya.

“Justeru, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk melihat kesahihan maklumat atau petunjuk baru tersebut.”

Menurut sumber itu lagi, siasatan menyeluruh turut dijalankan, termasuk melihat kepada isu salah guna kuasa dan tatakelola dalam pematuhan arahan perbendaharaan dalam proses pelantikan syarikat berkenaan oleh kerajaan Selangor.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan beberapa aduan dan maklumat diterima…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post