Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata hal ini kerana KPKT memerlukan pandangan dan pengalaman mereka terdiri pelbagai latar belakang.

JOHOR BAHRU: Pelantikan 28 panel pakar (POE) akan memberikan nilai tambah kepada ikhtiar dan inisiatif akan dilakukan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata hal ini kerana KPKT memerlukan pandangan serta pengalaman mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Justeru, beliau berkata pelantikan POE tidak seharusnya menimbulkan isu kerana ia bukan suatu perkara luar biasa.
“…kalau sebelum ini POE hanya tertumpu kepada masalah perumahan, tetapi kali ini memang tertumpu kepada tujuh dasar…
