
KAJANG: Zahid Hamidi berkata pelantikan secara kontrak penjawat awam hanya untuk tempoh singkat sebelum Jemaah Menteri meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen.
“Terdapat kekeliruan daripada kenyataan jawatan atas pengambilan baharu adalah kontrak.
“Dia tidak bermaksud begitu. Kontrak untuk satu tempoh yang singkat sebelum Jemaah Menteri meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Beliau berkata, penjawat awam lantikan baharu yang tidak ada pencen akan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Kerajaan akan memberikan sumbangan sebagaimana yang lazim dilakukan kepada kakitangan swasta dan mana-mana yang layak untuk diberikan sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Mereka juga…
