Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen, kata menteri

today25 March 2024

Background


Kerajaan akan memastikan kaedah lantikan baharu tidak merugikan pegawai baharu berbanding mereka yang lebih senior dalam skim perkhidmatan awam.

PETALING JAYA: Kaedah lantikan baharu penjawat awam yang kini dalam fasa kajian mempunyai struktur saraan meliputi gaji, elaun dan kemudahan setara seperti diterima pegawai lantikan tetap dan berpencen sedia ada, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata, pelantikan pegawai awam baharu yang akan memasuki perkhidmatan awam juga akan dibuat secara tetap dan bercarum melalui satu tabung caruman akan ditentukan kemudian.