Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lantikan Rashdan pengerusi Suruhanjaya Tenaga diteliti semula, kata PM

today14 April 2023

Background


Anwar Ibrahim berjanji menggantikan Rashdan Yusof jika ada konflik kepentingan.

Pemain industri melahirkan kebimbangan mengenai pelantikan Rashdan Yusof sebagai pengerusi Suruhanjaya Tenaga. (Gambar Gamuda)

BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan Rashdan Yusof sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Tenaga akan diteliti semula susulan terdapat dakwaan berlaku konflik kepentingan.

“Saya dimaklumkan mengenai perkara itu. Biar saya teliti dahulu. Sepatutnya tidak berlaku sebarang konflik kepentingan. Sekiranya ada saya akan membuat perubahan, sama seperti perubahan yang saya lakukan pada pengerusi Keda,” katanya kepada pemberita  dalam satu majlis.

Pemain industri dan perniagaan melahirkan kebimbangan mengenai pelantikan Rashdan kerana beliau adalah timbalan penolong pengarah urusan Gamuda Bhd, sebuah syarikat terbabit dalam perniagaan tenaga diperbaharui.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Predeep Nambiar


Previous post