Anwar Ibrahim berjanji menggantikan Rashdan Yusof jika ada konflik kepentingan.

BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan Rashdan Yusof sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Tenaga akan diteliti semula susulan terdapat dakwaan berlaku konflik kepentingan.
“Saya dimaklumkan mengenai perkara itu. Biar saya teliti dahulu. Sepatutnya tidak berlaku sebarang konflik kepentingan. Sekiranya ada saya akan membuat perubahan, sama seperti perubahan yang saya lakukan pada pengerusi Keda,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis.
Pemain industri dan perniagaan melahirkan kebimbangan mengenai pelantikan Rashdan kerana beliau adalah timbalan penolong pengarah urusan Gamuda Bhd, sebuah syarikat terbabit dalam perniagaan tenaga diperbaharui.
BERITA LANJUT MENYUSUL
