
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menggesa pengusaha stesen minyak yang mendakwa diugut sindiket penyeludupan diesel bersubsidi membuat laporan polis.
Katanya, ia untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana elemen itu di bawah bidang kuasa polis.
“Lesen untuk stesen minyak di negara kita dikawal selia KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), manakala kuota jualan dan subsidi dikawal selia Kementerian Kewangan,” katanya menurut Harian Metro selepas merasmikan karnival pencegahan jenayah di Perumahan Awam Sri Sabah.
“Namun, sekiranya ada ugutan, itu sudah dalam bidang kuasa polis. Kalau betul berlaku ugutan terhadap tuan punya stesen minyak dan memang wujud elemen ugutan, dia hendaklah segera membuat aduan kepada…