
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi hairan dengan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang didakwanya mengesyorkan supaya laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan bekas peguam negara, Tommy Thomas tidak didedah kepada umum.
“Bocor lagi dokumen kerajaan. Kali ini AGC mengesyorkan laporan pasukan petugas khas terhadap buku Tommy Thomas tidak didedahkan kepada umum.
“Apa yang mahu disembunyikan oleh AGC. Buku Tommy Thomas adalah bukti dan pengakuan nyata berlaku campur tangan pelantikan ketua hakim termasuk peguam negara,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Menurutnya, AGC sebelum ini juga didakwa membuat keputusan pelik membabitkan beberapa isu antaranya berkaitan kertas siasatan membabitkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Ghazali yang bocor dan…