Hot FM

Laporan buku Tommy Thomas dibentang ke Kabinet Jumaat, kata Wan Junaidi



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengulas laporan mendakwa Pejabat Peguam Negara mengesyorkan dapatan pasukan petugas khas tidak didedahkan kepada umum.

PETALING JAYA: Laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan bekas peguam negara, Tommy Thomas, dalam bukunya akan dibentangkan kepada Kabinet, Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Mengulas laporan yang mendakwa Pejabat Peguam Negara mengesyorkan laporan terbabit tidak didedahkan kepada umum, Wan Junaidi berkata, perkara itu hanya ditentukan Kabinet.

“Kalau tidak salah, ia akan dibentangkan pada 30 Sept. Terpulang kepada Kabinet sama ada ia perlu didedah kepada umum atau tidak,” katanya kepada FMT.

Wan Junaidi berkata, mesyuarat Jemaah Menteri akan datang akan dibuat Jumaat, memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, ketika ini sedang berada di New York…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version