
PETALING JAYA: Satu laporan yang dikeluarkan agensi sumber manusia Randstad Malaysia bahawa gaji pekerja di sektor teknologi, pembuatan dan pembinaan dijangka naik sehingga 20% tidak menggambarkan semua sektor di negara, kata Kementerian Sumber Manusia.
Menterinya V Sivakumar berkata, laporan itu boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pekerja.
“Ini tidak menggambarkan keseluruhan sektor di Malaysia dan juga boleh menimbulkan kekeliruan dari segi penetapan gaji minimum semasa.
“Semakan gaji minimum semasa serta penetapan gaji minimum baharu yang bersesuaian adalah menggunakan formula yang dipersetujui antara majikan, pekerja dan kerajaan.
“Gaji minimum semasa akan disemak setiap dua tahun mengikut Seksyen 25(1) Akta Majlis Perundingan Gaji Negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Laporan Pasaran pekerjaan dan…