Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Laporan media asing mengenai isu potong subsidi tak beretika, kata PM

today5 May 2024

Background


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata belum ada keputusan muktamad yang dibuat di peringkat Jemaah Menteri berkenaan isu pemotongan subsidi bahan api. (Gambar Bernama)

BUTTERWORTH: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata laporan media asing berkenaan pemotongan subsidi bahan api disifatkan tidak beretika kerana belum ada keputusan muktamad yang dibuat di peringkat jemaah menteri berkenaan isu tersebut.

“Saya mendapati kebelakangan ini, mungkin kerana pendirian kita terhadap politik yang tegas, maka media jiran dan antarabangsa terus menyerang dari segi berita yang negatif, umpamanya isu pembangunan kasino (di Johor)…ia tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah sampai ke maklumat saya tapi ia dijadikan isu panas.

“Kemudian isu penarikan subsidi diesel, walaupun ada perbincangan awal tapi tidak ada keputusan muktamad berkenaan tarikh pelaksanaan. Kaedahnya perlu diterangkan. Prinsipnya supaya ia tidak membebankan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post