Bagaimanapun, pengerusi PAC itu berkata laporan media yang memetik sumber itu masih dianggap ‘mengganggu’ siasatan.

KUALA LUMPUR: Media tidak terikat dengan peraturan majlis mesyuarat Dewan Rakyat yang memperuntukkan sebarang keterangan berkaitan prosiding yang sedang berjalan tidak boleh disiarkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Mas Ermieyati Samsudin.
Mas Ermieyati berkata, peraturan tersebut hanya terpakai kepada ahli PAC atau ahli Dewan Rakyat sahaja.
Bagaimanapun, Mas Ermieyati berkata, laporan media yang mendedahkan intipati keterangan dalam prosiding PAC masih dianggap ‘mengganggu’ siasatan, sebelum rumusan akhir dan syor-syor dapat dilengkapkan dan dibentang di Parlimen.
“Saya faham tugas media dalam mendapatkan sumber…