Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Laporan penuh nahas helikopter tentera laut minggu depan

today28 May 2024

Background


10 anggota dan pegawai tentera laut terkorban selepas helikopter dinaiki terhempas, semasa raptai lintas hormat di Pangkalan Lumut pada 23 April.

SUNGAI BULOH: Laporan penuh nahas dua helikopter tentera laut yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas akan didedahkan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.

Khaled berkata laporan penuh siasatan nahas di Lumut, Perak itu sedang dilengkapkan.

“Tidak lama lagi akan kita keluarkan. Mungkin akhir minggu depan. Ia sedang dimuktamadkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia dan Sijil Perhebat di Kompleks Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera, Kem Sungai Buloh.

Media sebelum ini melaporkan Jemaah Menteri berbincang secara mendalam mengenai insiden nahas helikopter di pangkalan tentera laut di Perak, dan memberi komitmen untuk memberi laporan interim dalam tempoh dua minggu manakala laporan penuh dalam tempoh sebulan.

Dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post