Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Laporan SPRM ibarat ‘bombshell’, perlu tindakan segera, PM digesa

today6 December 2021

Background



Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi menggesa tindakan diambil susulan salinan didakwa laporan SPRM yang dibocorkan, mengaitkan bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Peguam Negara dan Menteri Undang-undang didesak mengambil tindakan susulan penerbitan laporan dikatakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai deposit berjumlah RM2.6 bilion dalam akaun bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata, dokumen setebal 14 muka surat itu satu “bombshell” (menggemparkan) dan kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan boleh menyebabkan hilang kepercayaan atau “trust deficit”.

Semalam, laporan penulis blog berpangkalan di United Kingdom, Raja Petra Kamarudin telah menerbitkan butiran laporan yang dikatakan sebagai “Laporan Kes Ambank” yang mendakwa membuktikan bahawa bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz maklum dan mengizinkan supaya RM2.6 bilion…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post