
PETALING JAYA: Ahli ekonomi Terence Gomez mencadangkan Putrajaya agar mempertimbangkan untuk melarang ahli politik daripada dilantik menganggotai lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ini susulan pendedahan kerajaan bahawa rang undang-undang pembiayaan politik yang akan datang mungkin termasuk peruntukan untuk melarang derma kepada parti politik daripada GLC yang mempunyai kontrak dengan kerajaan.
Gomez, yang meletakkan jawatan daripada Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) tahun lepas, memberitahu FMT, beliau mengesyaki ahli politik yang menerima gaji daripada GLC akan menyalurkan sebahagian daripada wang itu kepada parti mereka.
Menurutnya, beliau percaya “ramai ahli politik” berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah di banyak GLC peringkat persekutuan dan negeri.
Beliau menyambut baik cadangan larangan menderma, dengan mendakwa parti pemerintah telah…