
PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tindakan Putrajaya melarang ZIM, syarikat perkapalan berpangkalan di Israel ZIM daripada di pelabuhan Malaysia, mungkin mengakibatkan kerugian perdagangan.
Beliau bagaimanapun berkata, kesan keputusan itu terhadap Malaysia dari segi perdagangan masih terkawal.
“Berhubung tindakan kita mengharamkan kapal Israel masuk ke negara ini mungkin ada risiko dalam soal perdagangan,” katanya pada program dialog mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim.
Menurutnya, beliau telah membincangkan perkara itu dengan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, menurut laporan Utusan Malaysia.
“Mereka kata setakat ini kita masih boleh kawal, mungkin kita rugi sedikit sebab kapal tak masuk.
“Tetapi…