

Keputusan kerajaan melarang penggunaan media sosial bagi kanak-kanak di bawah umur 16 tahun akan memberikan sokongan penting kepada ibu bapa yang secara realistik tidak mampu menguruskan risiko dalam talian sendirian, kata seorang ahli akademik.
Galvin Lee dari Taylor’s College berkata walaupun keibubapaan yang baik memainkan peranan penting, namun tidak realistik untuk mengharapkan ibu bapa sentiasa memantau interaksi anak-anak mereka merentasi pelbagai platform secara masa nyata.

“Perkongsian tanggungjawab itu perlu, tetapi bukan sama rata.
“Ibu bapa perlu menetapkan norma, perbualan, rutin dan batasan, namun mereka tidak boleh menjadi satu-satunya benteng pertahanan terhadap sistem digital berskala…