

Pengimportan sisa elektronik ke Malaysia diwartakan sebagai barang larangan import secara mutlak di bawah Jadual Pertama, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 melalui Warta Kerajaan Persekutuan, iaitu Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) (No. 3) 2026 (P.U.(A) 151/2026) yang berkuat kuasa hari ini.
Pewartaan itu dibuat selaras dengan subseksyen 31(1) Akta Kastam 1967 (Akta 235).
Ketua Pengarah Kastam Amran Ahmad berkata, langkah itu sejajar dengan keputusan yang dicapai melalui Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Hala Tuju Pengurusan Penguatkuasaan Pengimportan Sisa Plastik dan E-Waste Dalam Negara Bilangan 2 Tahun 2026.
“Ia sebagai sebahagian usaha memperketat kawalan terhadap kemasukan sisa berbahaya ke dalam negara serta melindungi alam sekitar,” katanya…