Hot FM

Larry Sng akan tumbang di Julau, kata presiden PBDS



Presiden PBDS Bobby William (empat dari kanan) berkata partinya yakin merampas kerusi Parlimen Julau daripada penyandang, Larry Sng. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yakin mampu menumbangkan penyandang Parlimen Julau, Larry Sng pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata presidennya, Bobby William.

Sng yang juga presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) baru-baru ini mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen itu.

Bobby berkata, keyakinan itu bersandarkan kekuatan yang ada pada partinya di peringkat akar umbi, selain bersedia pada bila-bila masa untuk mengalahkan Sng.

“PBDS tidak gentar dengan cabaran dilontarkan oleh PBM, atau mana-mana calon lain yang bakal bertanding merebut kerusi majoriti Iban itu,” katanya menurut Borneo Post.

“Kami boleh menang 100% kerana kami ada kekuatan. Jika tidak, mengapa kami mahu bertanding.”

PBDS mengesahkan mereka akan bertanding di Parlimen Julau, Kapit, Baram dan Sibuti.

Pada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version