Hot FM

Latiff beri keterangan kepada polis berkait dakwaan LCS Rafizi



Abd Latiff Ahmad berkata polis mengambil keterangannya pagi tadi susulan laporan dibuat terhadap Rafizi Ramli pada Selasa.

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abd Latiff Ahmad memberi keterangan kepada polis berhubung laporan dibuat terhadap Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkait dakwaan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Menerusi kenyataan media, Latiff berkata polis merakam keterangannya pagi tadi.

“Susulan laporan polis yang dibuat terhadap Rafizi oleh pegawai saya pada 30 Ogos lalu, saya sudah didatangi pegawai polis pagi tadi, untuk diambil keterangan.

“Saya tegaskan bahawa Rafizi adalah seorang pembohong yang memfitnah dan mentohmah saya dan keluarga saya hanya semata-mata untuk kepentingan politik,” katanya.

Sebelum ini, pegawai Latiff membuat laporan polis terhadap Rafizi yang didakwa memfitnahnya dalam isu berkaitan projek LCS dengan merujuk hantaran di media sosial yang disifatkan sebagai fitnah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version