Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lau lapor polis dakwa akaun Twitter digodam

today25 July 2023

Background


Dominic Lau (dua dari kiri) menunjukkan laporan dibuat di Balai Polis Sri Hartamas pada malam Isnin. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Presiden Gerakan Dominic Lau membuat laporan polis mendakwa akaun Twitternya digodam berhubung ciapan tidak sensitif susulan kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub.

“Saya telah hadir ke Balai Polis Sri Hartamas bagi membuat laporan polis mengenai akaun Twitter saya digodam oleh individu tidak dikenali,” katanya di Twitter.

Beliau turut menegaskan tidak pernah pernah memuat naik ciapan kontroversi berbunyi berbunyi: “Kalau saya tanding PRK Pulai ok tak?”, merujuk kepada kawasan Parlimen diwakili Salahuddin yang juga Adun Simpang Jeram.

Semalam, pengguna media sosial membidas Lau atas dakwan catatan itu yang dipadamkan kemudian.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah, pada 9.23 malam Ahad selepas ditidurkan apabila menjalani pembedahan akibat pendarahan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post