
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS Pulau Pinang membidas Presiden Gerakan Dominic Lau kerana didakwa memungkiri janjinya apabila bertanding di kerusi DUN Bayan Lepas, kerusi majoriti Melayu yang pada awalnya tidak dimahukan parti itu.
AJK Jabatan Pilihan Rayanya Anas Soffy Abd Wahid juga mendakwa pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang berbohong dengan pucuk pimpinan komponen itu dalam pembahagian kerusi termasuk Bayan Lepas yang sebelum ini dipersetujui ditandingi Iszuree Ibrahim.
Beliau berkata Lau pada perbincangan awal meminta PAS dan Bersatu memberi laluan di enam kerusi campuran iaitu Machang Bubuk, Bukit Tengah, Datok Keramat, Sungai Pinang, Batu Uban dan Pantai Jerejak, serta berjanji tidak akan bertanding di 15 DUN majoriti Melayu.
Susulan itu, Bersatu dan PAS tidak menghantar nama untuk enam kerusi terbabit, namun Lau telah memungkiri janji dengan mencadangkan…
