Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Lawak! Cara Maryam Durian Kimchi Belajar Cakap Kelantan Undang Ketawa

today1 December 2022

Background

Pasangan suami isteri Maryam Younarae dan suaminya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim mencuri perhatian ramai dengan gelagat kelakar mereka itu.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Ryzal di laman TikTok mereka berdua iaitu @uyounik sehingga berjaya menghiburkan hati penonton.

Menerusi hantaran tersebut, Ryzal sedang mengajar Maryam bercakap menggunakan bahasa Kelantan dan Maryam hanya mendengar dan mengikuti sahaja apa yang diajar oleh suaminya.

@uyounikBerlajar kelate boh!🤣 kane kighi depe belake…..lepas tu?♬ original sound – Duriankimchi

“Belajar Kelate boh! Kane kighi depe belake… Lepas tu?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur mendengar ‘slang’ Maryam yang bercakap bahasa Kelantan.

Malah, ada juga segelintir yang menyakat dan menyuruh Ryzal untuk tidak mengajar Maryam bahasa pelik-pelik.

“Wei Rizal, mu jangan ajar Mekye nyapung.

“Pelalelale.. Sabar je lah Maryam ni.

“Dah lah tengah sakit mulut, boleh tergelak pula yang last tu.

“Hahahaha jange ajar pelik-pelik bey dio hahahaha.

“Weh! Hahahaha ape le?

“Ape le? Hahaha sakit perut mat yang last tu,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan, 97,000 tanda suka dan lebih 1615 komen.

Written by: Aqilah


Previous post