
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti al-Azhar al-Sharif di Kaherah, Mesir pada Ahad, menekankan usaha pemerkasaan umat Islam melalui teknologi, kemasyarakatan, dan ekonomi.
Anwar yang memulakan lawatan rasmi pada Sabtu akan menyampaikan ceramah bertajuk, “Gagah Bersama: Pandang Alam Umat dari Sudut Pemerkasaan Teknologi, Kemasyarakatan dan Ekonomi” di institusi pengajian Islam tertua dan paling berprestij di dunia itu.
Menerusi catatan di Facebook, Universiti al-Azhar al-Sharif, berkata majlis itu bertujuan meraikan hubungan erat Malaysia dan universiti terkemuka Timur Tengah berkenaan.
Timbalan Sheikh al-Azhar Muhammad Abdul Rahman Muhammad al-Duwaini, Rektor al-Azhar al-Sharif Salama Dawood, pengurusan kanan universiti dan diplomat asing,…