Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lawatan PM ke Brazil kukuh hubungan diplomatik 65 tahun

today16 November 2024

Background


ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang media sempena Sidang Kemuncak Apec 2024. (Gambar Bernama)

LIMA: Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Brazil berlangsung dari 16 hingga 19 Nov bakal mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin selama 65 tahun selain dapat meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan.

Menteri Luar Negeri, Mohamad Hasan, berkata lawatan kerja tersebut terdiri dua komponen utama: pertama, pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil Luiz Inácio Lula Da Silva, pada 17 Nov dan kedua, penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20 di bawah kepengerusian Brazil pada 18 hingga 19 Nov.

“Kali terakhir Malaysia menghadiri Sidang G20 ialah pada 2015 di Turki, selaku pengerusi Asean ketika itu. Tahun 2025 amat signifikan kepada Malaysia dan Brazil.”

“Tatkala Malaysia menjadi pengerusi Asean, Brazil akan menerajui BRICS dan turut menjadi tuan rumah bagi Persidangan Pihak-Pihak ke-29 (COP29) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post