
KUALA LUMPUR: Kehadiran tentera laut Turki yang merupakan lawatan pertama mereka ke Malaysia setelah hampir satu dekad merupakan terjemahan kepada hubungan erat Malaysia dan Turki, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.
Zahid yang berkunjung ke kapal korvet TCG Kinaliada dari tentera laut Turki di Pelabuhan Klang petang semalam berkata hubungan erat kedua-dua negara berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Sebagai contoh beliau berkata penubuhan TUSAS Malaysia Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh Turkish Aerospace Industries Inc di Cyberjaya telah membuka peluang pekerjaan kepada lebih 100 jurutera Malaysia untuk berkhidmat dan menimba kepakaran dalam sektor ketenteraan.
Menurutnya nilai dagangan antara Malaysia dan Turki pula telah mencapai USD4.46 bilion dengan…