
PETALING JAYA: Imigresen sedang menunggu laporan penuh daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung insiden 131 tahanan Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor (DISB) pada Februari kerana kekerasan dan penderaan.
Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban, berkata pihaknya mengambil maklum dapatan EAIC dan memandang serius penemuan hasil siasatan itu yang dilakukan beberapa pegawai imigresen pada 2020 dan 2021.
Katanya, imigresen menunggu laporan penuh berkenaan bagi tindakan lanjut.
“Imigresen tidak akan berkompromi terhadap apa jua bentuk penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pegawai.
“Sekiranya didapati terdapat unsur-unsur kekerasan dan penderaan, pihak imigresen akan mengambil tindakan keras terhadap pegawai-pegawai tersebut berdasarkan peruntukan…