
PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein diingatkan jangan menggunakan alasan keselamatan negara dalam projek kapal tempur pesisir (LCS) sedangkan alat ketenteraan dan pertahanan didakwa boleh “dirompak” dan “diambil komisen”, kata Anwar Ibrahim.
Ketua pembangkang berkata, Ahli Parlimen Sembrong tidak membaca dan mendengar perbahasannya di Parlimen berhubung projek aset ketenteraan yang bernilai RM9 bilion itu.
Dalam perbahasannya di Parlimen pada Khamis, Anwar mencadangkan agar fasa keenam projek LCS itu dihentikan susulan teguran oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
“Pertama saya kata semua fasa-fasa ‘on going’ diteruskan. Dia tidak baca dan dia tidak dengar. Ini masalahnya. Ini dia sebut, kalau saya quote Shakespeare, ‘the insolence of…