Hot FM

Lebah bukan ancaman, jangan bakar tapi hubungi pakar, kata aktivis


Syafiq Jazli Hasikin
Syafiq Jazli Hasikin dan bapanya sudah lebih 10 tahun menyelamatkan sarang lebah sekitar Ipoh.
IPOH:

Nampak sarang lebah, “kita bakar”. Itu reaksi spontan apabila serangga berkenaan bersarang di bumbung atau pokok berhampiran rumah.

Seorang aktivis berkata reaksi tersebut timbul kerana manusia lebih gerun pada sengat lebah berbanding peranan besar serangga itu sebagai ejen pendebungaan.

“Kita selalu dimomokkan apabila berdekatan dengan lebah, ia akan serang kita. Itu mitos,” kata Syafiq Jazli Hasikin, 34, seorang penyelamat lebah.

Menurut Syafiq, memusahkan sarang lebah sebenarnya turut memusnahkan koloni pendebunga yang mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih.

Sarang lebah yang diselamatkan akan dipindahkan ke tempat lebih selamat.

“Kajian menunjukkan sekitar 80% tumbuhan berbunga bergantung kepada lebah untuk proses pendebungaan, selebihnya dibantu serangga lain seperti semut dan kelawar, selain angin serta air.

“Sebab itu penting untuk kita selamatkan lebah. Kalau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version