Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lebih 1,000 tan sisa pepejal pasca banjir di N9

today30 December 2021

Background



Perabot, pakaian dan peralatan elektrik merupakan sisa pepejal pasca banjir yang diuruskan di empat daerah di Negeri Sembilan.

SEREMBAN: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan menguruskan 1,151 tan sisa pepejal pasca banjir di empat daerah di negeri ini bermula 20 Dis hingga kelmarin.

Pengarahnya Mohd Zahir Shari berkata daripada jumlah itu, 427 tan diuruskan di Seremban, Port Dickson (371 tan), Jelebu (309 tan) dan Rembau (44 tan) membabitkan perabot, pakaian dan peralatan elektrik.

β€œKerja pembersihan dijangka mengambil masa agak lama terutama di kawasan pedalaman di Jelebu yang terjejas teruk. Bagi kawasan perkhidmatan SWM Environment Sdn Bhd, kerja kutipan sisa banjir di daerah terjejas telah selesai dan tumpuan diberikan untuk pembersihan longkang yang dipenuhi lumpur dan tanah.

β€œSisa berkenaan akan dihantar ke tapak pelupusan sampah domestik manakala sisa elektronik atau berjadual diuruskan Kualiti Alam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post